Kepentingan Bahasa Inggeris


Contoh Kursus

Tuan/Puan,

Selamat Datang ke sekolah kami.

Sebelum kami menjelaskan dengan lebih lanjut tentang Kursus Bahasa Inggeris kami, terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda kerana memilih untuk menulis kepada kami.

Mari kita lihat antara keutamaan Bahasa Inggeris :

  • Bahasa Inggeris merupakan medium/ bahasa utama yang digunakan di dalam buku-buku, surat khabar, dilapangan terbang dan pusat kawalan trafik udara, dalam perniagaan antarabangsa dan konferens akademik, sains, teknologi, diplomasi, sukan, pertandingan antarabangsa, muzik pop dan pengiklanan.
  • Lebih daripada dua pertiga saintis dunia membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris.
  • Dua pertiga sistem persuratan dunia ditulis dalam Bahasa Inggeris.
  • 80% daripada maklumat elektronik dunia adalah dalam Bahasa Inggeris.
  • Dianggarkan bahawa 36% daripada pengguna internet adalah dalam Bahasa Inggeris. ( Sumber: British Council)

Di Malaysia, walaupun kerajaan memperkenalkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan utama setelah kemerdekaan pada tahun 1957, Bahasa Inggeris tetap diberi status sama rata. Namun demikian, adalah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tahap Bahasa Inggeris tempatan, baik dari segi pertuturan mahupun penulisan, telah merudum sehingga ke tahap di mana mahasiswa yang dilahirkan dari universiti-universiti tempatan tidak dapat bertutur mahupun menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Umum mengetahui bahawa saban hari kita berkomunikasi dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Seseorang yang bijak bertutur sentiasa berjaya dalam menawarkan pemikirannya kepada orang ramai. Bahasa Inggeris merupakan jambatan antara masyarakat yang berbilang kaum, berlainan bahasa, agama dan budaya. Penguasaan Bahasa Inggeris di tempat kerja adalah amat penting terutamanya terhadap pembangunan negara seperti Malaysia, yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, bahasa dan budaya.

Selaku pengetua sekolah ini, saya merasa bahawa adalah wajar bagi setiap rakyat Malaysia, tidak kira bangsa, agama dan warna kulit untuk bersama-sama berusaha dalam menguasai Bahasa Inggeris supaya masyarakat luar dapat menghormati dan menyayangi negara ini. Malaysia merupakan sebuah negara yang indah dengan rakyat yang kaya dengan pelbagai budaya, baik Melayu, Cina, mahupun India.

Untuk kemudahan Tuan/Puan, kami menawarkan pembelajaran dalam bentuk Audio CDs / Video DVDs dan buku-buku yang mudah dibawa ke mana jua.

BERITA BAIK UNTUK SEMUA PENUNTUT BAHASA INGGERIS.

Sekolah kami merupakan sekolah pertama di dunia ini yang memperkenalkan Kursus Bahasa Inggeris dalam bentuk VIDEO (DVD) DENGAN TEKNOLOGI AVATAR.

KURSUS No: 1 PERBUALAN ASAS BAHASA INGGERIS KINI BOLEH DIDAPATI DALAM VIDEO (DVDs).

Untuk menawarkan Kursus Bahasa Inggeris yang baik, kami telah memilih sebuah syarikat perfileman yang berpengalaman dari Amerika Syarikat untuk tujuan ini. Kami mengambil masa selama 2 tahun untuk menyediakan dan menghabiskan kerja. Namun, perancangan untuk memperkenalkan kursus video ini sudah berjalan sejak tahun 2007 lagi. Malaysia merupakan negara PERTAMA di mana kami ingin memperkenalkan kursus ini. Dengan menggunakan kursus ini, pengguna dan seluruh keluarganya dapat menonton sambil belajar Bahasa Inggeris dalam suasana yang selesa di rumah sendiri, dipasang di TV atau PC.

Untuk kemudahan anda juga, kami menawarkan tiga pilihan tahap Kursus Bahasa Inggeris ini.

Ketiga-tiga kursus kami boleh didapati dalam bentuk Audio CD. Buku yang didatangkan dengan CD ini dapat membantu anda belajar dan memahami pengajaran dalam bahasa ibunda anda sendiri. CD tersebut hanya boleh didapati dalam Bahasa Inggeris. Namun, buku yang didatangkan bersama CD ini adalah dalam pelbagai pilihan bahasa: Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Untuk memudahkan semua lapisan masyarakat untuk mengikuti kursus kami, sistem pembayaran kami telah distrukturkan supaya menjadi kursus yang termurah di dunia. Kami berharap agar anda dapat mengikuti dan mengambil faedah daripada pelbagai kursus yang kami tawarkan ini. Ayuh! Apa tunggu lagi? Mari kita lihat kursus-kursus yang ditawarkan.

KURSUS-KUSUS YANG DITAWARKAN OLEH KAMI TERMASUKLAH:

KURSUS 1 – PERBUALAN ASAS BAHASA INGGERIS (VIDEO DVDs)
Tahap pembelajaran bermula dari Darjah 3 hingga ke Darjah 6. Sesuai untuk pekerja pejabat / perkerja-pekerja kolar biru dan juga mereka yang ingin bertutur dalam Bahasa Ingggeris. Juga untuk orang-orang yang telah berhenti sekolah pertengahan dalam kehidupan mereka. Sesuai juga untuk pelajar sekolah rendah hingga ke menengah. Kaedah pembelajaran kebanyakannya melibatkan perbualan sesama sendiri dan tidak ketinggalan, tatabahasa, supaya anda dapat memahami dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan fasih.

APA YANG ANDA PEROLEHI DARIPADA BAYARAN ANDA

  • 4 DVDs
  • 2 buah buku Bahasa Inggeris dengan terjemahan Bahasa Malaysia
  • Sebuah beg yang menarik untuk membawa bahan kursus.

BAYARAN PELAJARAN UNTUK KURSUS INI IALAH RM 309/- Now only RM 180/-





KURSUS 1 – PERBUALAN ASAS BAHASA INGGERIS (AUDIO CDs )
APA YANG ANDA PEROLEHI DARIPADA BAYARAN ANDA

  • 4 CDs audio
  • 2 buah buku – Bahasa Inggeris dengan terjemahan Bahasa Malaysia
  • Sebuah beg yang menarik untuk membawa bahan kursus.

BAYARAN PELAJARAN UNTUK KURSUS INI IALAH RM 219/- Now only RM 130/-





KURSUS 2 – PERBUALAN BAHASA INGGERIS LANJUTAN (INTERMEDIATE)
Tahap pembelajaran bermula dari Tingkatan 1 ke Tingkatan 4. Sesuai untuk pekerja pejabat / perkerja-pekerja kolar biru dan juga mereka yang ingin bertutur dalam Bahasa Ingggeris. Juga untuk orang-orang yang telah berhenti sekolah pertengahan dalam kehidupan mereka. Kursus ini juga sesuai untuk pelajar disekolah menengah peringkat SPM sehingga ke tahap perbualan peringkat STPM. Untuk sesiapa yang ingin mengukuhkan kebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

APA YANG ANDA PEROLEHI DARIPADA BAYARAN ANDA

  • 3 CD audio
  • 2 buah buku – Bahasa Inggeris dengan terjemahan Bahasa Malaysia
  • Sebuah beg yang menarik (laptop bag) untuk membawa bahan kursus.

BAYARAN PELAJARAN UNTUK KURSUS INI IALAH RM 219/- Now only RM 130/-





KURSUS 3 – KURSUS BAHASA INGGERIS UMUM / PERNIAGAAN
Tahap pembelajaran bermula dari Tingkatan 1 hingga SPM/STPM/Pancasiswazah. Pembelajaran dalam kursus ini disediakan untuk pelajar dan orang dewasa yang ingin menulis dan memahami Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Tatabahasa adalah tunjang dalam semua jenis bahasa di dunia ini. Tanpa pengetahuan tatabahasa yang sempurna, seseorang tidak dapat memperoleh atau membentuk ayat yang sempurna. Kursus ini sangat berguna untuk sesiapa jua yang ingin memperbaiki kebolehan menulis. Pelajar dan guru akan dapati kegunaan kursus ini dalam rutin seharian. Boleh didapati dalam bentuk Audio sahaja. Kami jangkakan masa selama setahun atau lebih sebelum kami dapat perkenalkan kursus ini dalam versi Video.

APA YANG ANDA PEROLEHI DARIPADA BAYARAN ANDA

  • 9 CD audio
  • 2 buah buku, kesemuanya dalam Bahasa Inggeris – Lebih dari 300 muka surat.
  • 1 buah buku – Terjemahan Bahasa Malaysia
  • 1 buah buku – Model Jawapan
  • Sebuah beg yang menarik ( laptop bag) untuk membawa bahan kursus.

BAYARAN PELAJARAN UNTUK KURSUS INI IALAH RM 280/- Now only RM 170/-





SIJIL

Kami menjangkakan tempoh selama enam bulan sehingga setahun bagi para pelajar kami untuk menguasai Kursus 1 atau 2, dengan syarat bahawa pelajar tersebut dapat memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 1 jam sehari terhadap pelajaran. Kursus 3 lazimnya mengambil masa yang lebih lama untuk dikuasai, memandangkan tatabahasa sememangnya memakan masa sebelum dapat dikuasai sepenuhya. Selepas enam bulan mengikuti kursus kami, anda dialu-alukan untuk menulis surat kepada kami dalam Bahasa Inggeris, ceritakan kepada kami tentang peningkatan anda dari segi perbualan dan penulisan dalam bahasa ini. Kami akan anugerahkan sijil yang dicetak cantik untuk kegunaan masa depan anda.
Kesemua bahan pelajaran akan dihantar kepada anda dalam masa satu minggu melalui Pos Laju / Pos Parsel dari tarikh resit bayaran.

BAGAIMANA MENGHANTAR BAYARAN

Semua bayaran dibayar kepada Syarikat :
MY ENGLISH IS GOOD AGENCY
Kami menerima Postal Orders atau pun Bank Transfer melalui MAYBANK Islamic A/C No: 5515 9351 7510

7,609 total views, 4 views today